Thursday, August 26, 2010

The Zumi Digital

Anda pasti sedar bahawa tiada kamera dalam laut seperti Zumi Digital. Memang benar, ia tidak hebat dalam megapiksel, zoom atau 'viewfinder'.



Tetapi jika anda membawa Zumi ketika bertemujanji, ia boleh menghasilkan satu dokumentari hebat. Zumi dihasilkan untuk mengambil imej dan video digital seperti filem vintage.

Kekurangan paling utama ialah cip pemporesesan yang digabungkan dengan susun atur makro bagi menghasilkan magik 8MM. Zumi Digital 2.0 menampilkan mode video hitam putih dan juga boleh merakam bunyi.

Rip Curl Special Edition Fisheye 2 Lomo Camera

Anda ingin hasilkan foto yang unik dari kamera digital anda? Jadi anda pasti tertarik dengan kamera ‘mata ikan’ Lomo ini.


Tidak dinafikan bahawa kamera Rip Curl Fisheye 2 Lomo ini mempunyai penampilan yang luar biasa. Rip Curl sesuai digunakan dengan Lomography untuk menghasilkan kamera Lomo edisi khas.


Kamera 35mm ini mepunyai lensa 170 darjah, lampu flash, dedahan pelbagai dan fungsi ‘shutter lock’. Ia juga dilengkapi lensa fleksibel dan tali kamera.




Perler Beads GameBoy Fridge Magnets


Kenapa Nintendo tidak mahu mengeluarkan Game Boy yang berwarna-warni seperti magnet peti sejuk ‘Perler Beads’ ini? Kalau ia dilakukan, pasti Gameboy akan terjual dengan lebih baik. Seperti yang anda lihat, magnet peti sejuk ini dihasilkan dari ‘Perler Beads’ dan berbentuk konsol GameBoy klasik dengan warna menarik. Namun ia hanya bersaiz 2 x 3 inci dan mempunyai dua jalur magnet di belakangnya. Terdapat dalam warna pelangi dan kelabu klasik dengan butang merah. Setiap satu harga USD$2.50 (lebih kurang RM7.80)

Mimoco Latest Core Series Mimobot USB Drives


Oleh kerana San Diego Comic Con sudah hamper, Mimoco perlu lakukan sesuatu sempena ulang tahun kelima mereka. Jadi enam drive USB Mimobot telah dipasarkan dan ianya merupakan edisi terhad. Karakter Mimobot ini terdiri dari Isadore, Isadore Glo, Dr. Knowledgeus, RayD81, Swirl dan Fairybit.



Pilihan kapasiti terdiri dari 2GB hingga 16GB dan setiap didatangkan dengan kandungan digital termasuk wallpaper, ikon screensaver dan avatar.


Harga berbeza bagi setiap saiz kapasiti dan ianya bermula dari USD$24.95. (lebih kurang RM78.53)

Super Mario Yahtzee Dice Game


Permainan dadu Yahtzee bukanlah permainan yang popular. Tetapi sebagai seorang ‘geek’, anda mungkin meminati permainan ini dalam tema SUPER MARIO. Namun cendawan besar yang menakutkan adik-beradik SUPER MARIO tiada dalam permainan ini. Selain kotak dari Mushroom Kingdom, terdapat 5 dadu unik (Coin, Fire Flower, Star, Yoshi Egg, Green Shell dan Mushroom), pad skor dan pensil. Semua ini akan membuat anda mengingati siri klasik permainan video Super Mario Bros.


Wednesday, August 25, 2010

Sponge Bob Square Pants Pavillon Helmet





Tanpa sedar, Spongebob SquarePants telah bersama kita selama 10 tahun. Sebagai ikon animasi yang terkenal, ramai orang amat meminati produk SpongeBob SquarePants di seluruh dunia. Les Atelier Ruby telah mengeluarkan helmet edisi terhad yang dicetak dengan rupa SpongeBob SquarePants. Ia akan membuat anda kelihatan amat unik sebaik saja anda menyarungkan helmet ini di kepala. Cuma ada satu masalah, harganya sangat mahal iaitu bernilai lebih kurang RM3,630.00!





Cute Musical Bear USB Flash Drive


Tidak diragui bahawa USB Mimobot sajaha yang boleh menarik perhatian orang lain dan flash drive Beruang Musikal ini pasti juga tidak ketinggalan. Setiap satu berbentuk beruang comel dengan fon telinga di kepala. Mereka mempunyai warna-warna yang menarik dengan imej hati yang terang dan logo USB di badan. Memori simpanan terletak di kepala beruang. Hanya sambungkan kepalanya pada port USB. Terdapat dalam warna biru, oren dan merah. Kapasiti simpanan terdiri dari 2GB hingga 8GB. Harga dari USD$16. (lebih kurang RM50)

 

Hello Kitty x Lomography Fisheye Camera


Kita tidak pernah kekurangan kamera Lomo yang memiliki lensa ‘fisheye’. Paling terkini adalah kamera Fisheye One Lomo edisi Hello Kitty. Kamera ‘fisheye’ 35mm ini didatangkan bersama lensa dengan tangkapan sehingga 170 darjah. Dengan bantuan optik plastik premium, lensa ini mapu menangkap foto dengan begitu jelas walaupun pada jarak yang sangat dekat. Supaya sepadan dengan temanya, wajah kucing kegemaran ramai iaitu Hello Kitty diletakkan di hadapan dan belakang kamera yang didatangkan bersama dengan penutup lensa Hello Kitty berwarna merah.