Monday, September 6, 2010

Top 10...For Now: Anime Papercrafts

Origami adalah seni lipat kertas kepada pelbagai bentuk yang menarik seperti itik tanpa perlu menggunakan gunting atau gam dan ia merupakan seni kraftangan yang berusia 400 tahun yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak saja. Tetapi kini, seni ini semakin berkembang dengan penggunaan bahan seperti gam, gunting, talian Internet dan paling penting alat pencetak. Apabila semua ini digabungkan, lahirkan seni kraf kertas yang lebih rumit untuk dibuat dengan rekaan menarik. Ia lebih terkenal di Jepun berbanding U.S, dan ini membawa kepada pembuatan kraf kertas anime. Berikut adalah senarai 10 kraf kertas anime yang paling menarik!

10. Ayah Chiyo-chan
Rekaan ini pasti akan buatkan peminat Azumanga Daioh tersenyum. Bagus rasanya melihat seseorang menghabiskan masa lapang dengan menghasilkan ayah/kucing idaman Chiyo-chan berbanding Chiyo-chan sendiri, atau mana-mana watak dari siri komedi.


9. Sasami
Walaupun anda bukan peminat Sasami dari Tenchi Muyo!, tapi anda pasti akan tertarik dengan rekaan menarik ini. Garisan putih yang terdapat padanya buatkan ia seperti hasil persembahan dalam bentuk digital!



8. Ichigo Kurosaki
Kebanyakan kraf kertas anime dihasilkan dalam bentuk mecha atau watak gadis yang comel dan seksi tapi terdapat satu rekaan khas untuk peminat watak lelaki anime terkenal iaitu Ichigo Kurosaki. Ichigo dari Bleach ini kelihatan sangat comel dan lebih tenang dari watak anime asal.


7. SD Miku Hatsume
Miku Hatsune adalah watak anime yang direka sepenuhnya untuk menjual simulator suara nyanyian yang dikenali sebagai Vocaloid yang sangat terkenal. Tetapi, Miku yang sangat comel ini pastinya adalah yang paling menarik!


6. Alucard’s ‘Joshua’
Pontianak Alucard dari siri Hellsing mempunyai dua senjata utama iaitu, Jackal dan Joshua. Replika kraf kertas Joshua ini lengkap dengan tulisan ‘Hellsing Arms 454 Casull’. Kenapa habiskan ratusan ringgit untuk dapatkan replika besi sedangkan replika kertas juga mampu lakukan helah?


5. One Piece
Sudah pasti anda mampu membuat kraf kertas Luffy tetapi dia pasti kesunyian tanpa anak kapalnya sendiri, bukan? Rekaan ini termasuklah Zoro, Nami, Usopp, Sanjo, Nico Robin dan Tony Chopper. Tetapi, mana kapalnya?


4. EVA-01
Shinji tidak termasuk dalam rekaan ini dan EVA-01 didatangkan bersama dengan senjatanya dan warnanya amat mengangumkan. Ia lebih murah dari Revoltech walaupun ia agak sukar berdiri dari figura Evangelion.


3. Dai Gurren
Rekaan EVA ini agak menakjubkan, tapi Dai-Gurren iaitu kraf kertas rekaan mecha yang mempunyai saiz yang agak besar ini memerlukan sedikit bantuan untuk membantunya berdiri kukuh.


2. Lumia
Phantasy Star adalah permainan dan bukanlah anime tapi gayanya sangat menakjubkan dan kraf kertas Lumia ini hampir tiada cacat langsung! Model kraf kertas berbentuk manusia selalunya banyak kekurangan kerana kertas selalu buatkan hasilkan bentuk berkotak tetapi orang Jepun amat pakar atasi masalah ini!


1. Howl's Moving Castle
Kraf kertas berbentuk mesin dan bangunan atau yang menampilkan bentuk bersegi selalunya mudah dilakukan. Tetapi kraf kertas berbentuk istana di dalam Howl’s Moving Castle ini sangat mengangumkan! Ia mengambil masa 72 jam untuk dibina dan ia pasti bukan tugas yang mudah!

1 comment:

  1. rekaan yang cukup mengagumkan.saya berminat mempelajarinya tetapi tak tahu nak mula di mana n macam mana.ada sesiapa blh tlg?

    ReplyDelete